FARADILLA JAAR

Saya sokong kehidupan yang aman damai untuk anak-anak saya dimana dunia sekarang penuh dengan cabaran dan lebih terbuka kepada jenayah. Adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dalam menyediakan segala bentuk kemudahan juga memberi perlindungan sewajarnya demi masa depan mereka. Oleh itu dari sekarang kita mesti mempertahankan keamanan yang tercipta agar perjalanan hidup mereka lebih mudah dimasa akan datang. Saya membawa gambaran sebuah kapal terbang dalam gambar yang saya rakamkan simbolik kepada kebebasan biarpun pelbagai dugaan tetap ada setiap kali terbang di awan, kental dalam apa jua keadaan terbang ke destinasi yang ingin dituju dengan selamat. #MalaysiaBiru #GoBlue